Tuesday, May 28, 2019

Lubuk Barang China Yang Murah

Lubuk barang China yang murah?

Alibaba?

Bukan. Alibaba tu pakai pertukaran mata wang USD. Kena beli borong.

AliExpress?

Bukan juga. AliExpress sama juga dengan Alibaba. Pakai pertukaran USD. Tetapi boleh beli 1 kuantiti.

Taobao?

Hampir dah. Taobao ni sebenarnya droship je dari salah satu laman web yang murah ni. Boleh beli borong dan beli dengan 1 kuantiti. Ikut pertukaran matawang Yuan.

1688.com?

Ya. Betul. Inilah lubuk barang China yang murah. Boleh beli borong dan beli ikut kuantiti. Tengok penjual juga. Adalah jual 1 kuantiti. Ada jual ikut MOQ.

Kelebihannya dapat harga yang murah.

Kekurangannya penjual tak boleh hantar barang ke pembeli macam kita dari Malaysia. Kena deal dengan forwarder untuk minta dorang belikan. Forwarder yang akan uruskan pembelian barang kita. Adalah sedikit caj. Tengok jenis forwarder.

Itu sahaja pengkongsian hari ini.

Sunday, January 13, 2019

Antara Taobao Dan AliExpress, Mana Paling Baik Untuk Buat Dropship

Assalamualaikum, hai dah lama tak update untuk tahun ini. Ok baik terus ke persoalan iaitu "Antara Taobao Dan AliExpress, Mana Paling Baik Untuk Buat Dropship". Rasa-rasa mana yang sesuai untuk buat Dropship?

Pada pandangan saya, lebih baik dropship dari AliExpress daripada dropship dari Taobao.

Apa sebabnya?

Meh saya nak cerita sikit apa sebabnya.

Pertama, Bahasa.

Di Taobao, 100% dalam bahasa Chinese. Even boleh je Translate to Chinese kalau buka web Taobao kat Google Chrome tetapi taklah 100%. Lagipun, pasaran Taobao untuk pasaran negara China sahaja.

Di AliExpress, totally 100% English. Jadi senang lah nak faham. Untuk AliExpress, sasaran pasaran memang untuk International. Jadi mudahlah buat drophip.

Ok nanti sambung lagi. Dah mengantuk.

Wednesday, December 19, 2018

Cabaran 1000 USD Dalam Masa Seminggu - Cabaran Berakhir


Maka berakhirlah cabaran USD 0 Ke USD 1000 Dalam Seminggu. Terabai pulak fokus kat store sedia ada sebab nak testing challenge ni. Melayang jugak beberapa hari $300-$400 punya income.

Soo.. Nak buat apa dengan store, niche dan income ni? Dan yang bakal diperoleh pada hari-hari mendatang?

Kasi kat bini muda je lah. Ajar sikit untuk ongoing marketing tu. Daripada dok main game Candy Crush sampai level 10 ribu, baiklah di spam influencer-influencer kat IG tu. Ada gok pekdahnya.

=====

Kita boleh setup income untuk mereka yang tersayang, isteri-isteri (eh?), ibubapa, adik-beradik, tunang, masjid-masjid atau mana-mana tabung derma ke pusat tahfiz ke wakaf ke.

Dan generatekan income untuk mereka. Khas untuk mereka. Benda ni automatic, ada sistem, boleh lantik virtual assistant untuk membantu.

The income is limitless. Itu potensi. Tapi yang memberi rezeki itu Allah. Jangan lupa ni tau.

Tuesday, December 18, 2018

Cabaran 1000 USD Dalam Masa Seminggu - Hari Ke 7

Day 7


Mockup sesaja try kalau-kalau jadi nak release panduan ni. Hmm.. Geng-geng ecom saya berkecil hati dengan saya. Sebab saya letak harga rendah.

Diorang suruh letak RM1k. Sebab market price yang local pun, harga macam tu. Saya tak sampai hati pulak, baiklah korang guna untuk bayar influencer.

Ok dah touch 1k USD. Sipi-sipi je.Huhu

Tu projek cabaran. Saje testing je, sampingan je. Result ni tak semestinya orang lain boleh dapat. Sebab ilmu setiap orang tak sama.

Tapi tak mustahil. Kena belajar dan praktik tanpa putus asa.

Saya nak fokus balik store lama. Situ dah makan besar dah. Ok la $300-$400 avergare daily. Angka selesa sebab dah jumpa winning niche, winning product, winning list of influencer.

Yang penting tak payah layan WhatsApp. Hihi

Ingat, apa-apa bisnes pun, ada learning curvenya tersendiri. Tak mudah. Tapi tak mustahil.

Nak survey, untuk panduan video ni, berapa harga cadangan korang rasa yang adil untuk korang dan adil untuk saya jugak. Dan bukan yang setakat korang beli dan simpan dalam komputer.


Kredit : FB De Amirul

Monday, December 17, 2018

Cabaran 1000 USD Dalam Masa Seminggu - Hari Ke 6

Update total sales selama 6 hari.

Ok sikit lagi maka tercapailah target. Adoi, satu je lagi. Tapi influencer dah delete ads dah.

Nak kena order dengan influencer lain pulak. Takde yang available pulak.


Kredit : FB De Amirul


Sunday, December 16, 2018

Cabaran 1000 USD Dalam Masa Seminggu - Hari Ke 5

Total result Day 5

Hasil setakat ni untuk 5 hari. Entah sempat ke tak capai $1000 seminggu ni. Sebab store baru. Store lama konsisten la $200-$400 macam tu.


Kredit : FB De Amirul

Saturday, December 15, 2018

Cabaran 1000 USD Dalam Masa Seminggu - Hari Ke 4 & 5

Day 4 & 5 Update


Ok Day 4 semalam tak ada sale. Kos influencer USD 30. Kita blacklist influencer tu. Den terkena jugak.

Tapi biasalah store baru. Kita takde senarai whitelist influencer lagi. Produk pun dalam proses validate.

Day 5 pulak, setakat ini dah macam dalam gambar bawah USD 156. Tapi semalam ada lagi 2 sales yang termasuk dalam Day 5.

So dah USD 200 jugak la. Modal influencer USD 50.

Ada lagi beberapa jam sebelum shoutout di delete.

Kredit : FB De Amirul