Thursday, November 29, 2018

Result

Yang syok bila main market luar ni, income masuk "terpaksa" didarab dengan currency semasa. Lebih kurang kali 4.

Lebih RM1000++ sales semalam. Belum tolak kos produk dan kos iklan. Bolehlah bersih dalam RM600++

Satu lagi kelebihan, income kita boleh adjust dekat margin keuntungan. Nak profit lebih, mark up lah harga dekat website tu tinggi sikit. Hehe.. 

Korang boleh belajar benda ni kat Google ada, Youtube lagi banyak. Kena rajin sikit la. Sori guys, saya tak ajar.. 

Oh saya tak guna FB Ads untuk iklan


Kredit to De Amirul


Result Sales Bila Buat Secara Bergroup


Bagus buat projek mastermind ni. Boleh share kepakaran masing-masing. Lepas tu tengok result, banyak benda boleh belajar. 

Data data data sangat penting. Nak memaksimakan profit dan menimikan kos marketing. 

Refund tetap ada. Alaa biasa. Bisnes kan. Ada up and down. Dalam 2% je refund average setiap bulan. Boleh pejam mata. 

Dari gambar ni pun, banyak benda boleh hurai. 

Yang penting.. Tak payah gentel telefon layan WhatsApp. Hehehe..

Kredit : FB De Amirul

Gambar Notification Bila Sales Masuk Secara Auto



Ka Ching Ka Ching!

Bayar iklan $30 untuk 24 jam. Kat Malaysia pagi, kat US malam. Market kita main satu dunia. Iklan baru run. 

Saya tak guna FB Ads, tak pandai.

[Posting di atas bertarikh 7 Okt 2018]

Kredit to De Amirul

Inspirasi


Pemilihan Produk

Hello semua.. Kita masuk bab Golden Product aka Product Selection. 

Ha ni dia purge mask tu. Serius style kan?

Nampak tak yang saya bulatkan tu? Trend marketer tengah untun kaw-kaw sekarang ni. Kita tak sempat  dah nak masuk, sebab nak Halloween dah. 

Shipping makan masa berminggu-minggu. Unless guna Express Shipping, boleh la. Saya biasa guna murah-murah punya je.  Tapi makan masa lama la nak sampai kat tangan. 

Ok, jumlah sold item adalah salah satu indikator untuk kita cari golden product ni. Dan pilihlah supplier yang mempunyai rating tinggi 4.0 ke atas, lagi tinggi lagi bagus. 

Macam kat bawah tu, rate 3.8 tu mesti sebab tiba-tiba terima banyak order. Tak sempat nak urus, terus drop rating supplier tu. 

Jadi pilihlah supplier yang kat bawah 4.5. 

Ini contoh. 

Dapat something tak daripada sharing saya ni?

Artikel kredit : FB De Amirul

Niche Research Guna Google Trend

Ok next

Kita masih lagi dalam bab niche research. Cara ni ramai dah orang lain ajar. Guna Google Trend. 

Tengok graf kat bawah ni. Tau kan fidget spinner? Dulu pernah top. Ramai orang buat duit gila-gila dengan jual benda alah pusing-pusing tu. Saya tak sempat join trend waktu tu. 



Tengok graf line merah. Tengah naik mendadak kan? Time ni lah orang berebut-rebut nak beli benda alah ni. Untuk Halloween. 

Cantik jugak topeng The Purge tu, Ada yang nak belanja saya? Hihi

Siapa biasa guna Google Trend? 

Spy Niche Top Store

Kita sambung lagi ok. Salah satu lagi untuk dapatkan niche ialah dengan melihat top store Shopify lain.

Store ini sentiasa generate sales. Jadi secara kasarnya kita boleh dapat idea macam mana nak dapatkan niche.

Cara ini juga adalah short-cut sebab kita dah lakukan risikan pesaing kita. Diorang dah spent beribu-ribu dollar untuk research sehinggakan berjaya capai ke tahap top store oleh Shopify.

So kenapa kita nak spend ribu-ribu? Kita "TIRU" je la mereka. Diorang dah tolong kita sebenarnya. Hehe..

Salah satu tempat untuk tengok top store tu boleh tengok sini.

Link : wemakewebsites.com/blog/best-shopify-stores-for-ecommerce-inspiration

Korang rasa macam mana?

Kredit : FB De Amirul

Wednesday, November 28, 2018

Contoh Iklan IG Shoutout

Klik Untuk Gambar Sebesar Alam
Ini contoh iklan Shoutout. Copywriting ambik kau hardsell habis. Harga bagitau siap-siap. 

Ini salah satu strategi. Visitor pun kurang, tapi yang masuk tu conversion tinggi untuk buat purchase.

Tak perlu copywriting panjang emosi bagai macam bisnes kat local market. Untung pun berlipat kali ganda. 

Tapi research dan testing kena betul-betul proper. Biasanya kalau dah convert tu sebab kat research la. Saya pun jugak kantoi. 

Tak ada yang pasti. Keep going. Betulkan mana yang boleh. Kalau tak boleh jugak, tukar niche. 

Sebab tu kena sediakan senarai niche. 

Kerja renyah dekat research. Tapi berbaloi sebab tak perlu copywriting power-power. Tak perlu layan WhatsApp. Setup sekali, makan berkali-kali. 

Kredit: FB De Khairul

Niche Research

Ada banyak cara untuk kita research demi mencari profitable niche yang banyak demand. 

Salah satunya saya akan cerita dalam post ini. Ini antara yang menjadi favourite saya. Cara ini sedikit berbeza dengan apa yang diajarkan oleh pakar Shopify kat luar sana. 

Cara ini tak perlu kita study Google Trends, keyword research bagai. Sebabnya kita bukan guna Google Adwords (Kini Google Ads) atau Facebook Ads.

Saya fokus pada traffic daripada IG. Dan teknik ini adalah teknik short cut. Sebab sambil research niche, sambil tu kita merisik influencer yang bersesuaian untuk saya sewa shoutout nanti. 

Caranya macam mana? Ini contoh Ok. 

  1. Pilih satu topik/brand/niche
  2. Sebagai contoh, harry potter
  3. Semak dulu, ada berapa IG yang mempunyai follower yang minat dengan Harry Potter
  4. Sekiranya jumlah IG berkaitan dengan niche tersebut kurang daripada 30, reject niche tersebut
  5. Sekiranya lebih, masukkan niche tersebut dalam whitelist kita. 
  6. DM semua IG tersebut untuk tanya rate shoutout. 
  7. Ini ambil masa sikit sebab nak tunggu dorang balas
  8. Lepas tu ambil list yang murah-murah dalam $10 ke atas
  9. Then tengok engagement like dan komen dekat IG tu.
  10. Check sama ada komen-komen tu robot atau real. Kalau robot, reject IG tu

Tak habis lagi..

Cuma repeat proses ni banyak kali untuk topik/brand/niche lain. 

Kredit: FB De Amirul

Monday, November 26, 2018

Influencer Marketing Episod 8 - Cara Lihat Engagement


Orait guys.. Ada yang tanya pasal engagement. Saya dah cerita sebelum ni, tapi saya nak go deeper sikit dalam episod kali ni. 

Saya lebih utamakan engagement dalam bentuk komen. Dan nak cari IG yang ikut specification saya 2% ke atas tu memang susah. 

Tapi kalau ada jumpa, bawak-bawak lah share dengan saya. 

Ok. Saya bagi contoh. 100k followers. Likes biasanya senang dapat 2% ke atas which is 2000 likes je. Komen susah sikit. Tapi macam saya selalu cakap, dah jumpa, simpan ketat-ketat.

Of course, real comment ye. Bukan bot atau daripada engagement group. 

Ok let saya, follower if tadi 100. Tapi komen, 500 ke 1000 average untuk setiap post dia, saya akan whitelist akaun IG ni. 

Then, deal dengan akaun owner tu, means influencer lah. Dapatkan best price. Kalau dapat USD20 untuk 24 jam, serius, tolong bagitau saya. Hehe..

Lepas tu, masuk AliExpress, cari produk yang sangat berkaitan dengan audien IG tadi dan mark up harga dengan rasional, then temukan produk tersebut dengan follower IG tadi. 

Masukkan dalam store korang, then buat ads cun-cun, then order lah shoutout. Tunggu masa dia upload, then kalau betul dah research korang, maka KA CHING KA CHING akan berbunyi.

Tadaa.. Maksudnya, sales USD korang akan masuk lah. Cun?

Faham ka?

Kredit : FB De Amirul

Influencer Marketing Episod 7 - Cara Mencari Influencer


Ada yang tanya macamana cara nak cari influencer. Saya ada sentuh dah pasal ni. Tapi kat episod ni saya explain details sikit salah satu cara lain. 

Buka Apps Instagram, tulis keyword niche korang. Saya guna contoh ''harry potter'.

Ok dekat situ sahaja akan keluar senarai Ig yang berkaitan dengan Harry Potter. Boleh SPAM diorang semua untuk dapatkan harga.

Tapi katakanlah result tak keluar banyak ataupun korang nak cari lagi influencer lain yang related.

Caranya, sekali lagi, taip keyword korang kat bahagian search IG tu. Then scroll pada bahagian # hashtag.

Klik situ, kemudian akan keluarlah gambar-gambar dan kat atas tu ada tulis related hashtag. 

Kat sini korang akan jumpa LSI (Latent Semantic Indexing) keyword yang berkaitan dengan harry potter. Contoh macam nama watak lain dalam cerita tu, nama rumah sukan diorang dan macam-macam lagi.

Klik ataupun guna semula keyword tersebut di bahagian search IG tanpa penggunaan Hashtag. Maka akan keluar senarai influencer lain tapi berkaitan dengan niche korang. 

Ok itu cara cari influencer. Nak filter saya dah cerita dalam episod sebelum ni. Boleh rujuk situ.

Kredit : FB De Amirul

UPDATE!

Cara mencari influencer yang related



Boleh skroll lagi ke tepi. Itu caranya. 

Selamat mencuba!

Influencer Marketing Episod 6 - Kekerapan Order Influencer


Frekuensi aka frequency dalam bahasa omputehnya. Berapa kerap perlu order dengan influencer ni?

Kalau nak sales setiap hari, buatlah setiap hari, Untuk market international ni biasanya dorang akan delete lepas 24 jam. So, sama ada korang order lebih daripada 24 jam atau korang try influencer lain pulak. 

Jelas?

Ok ada yang tanya berapa influencer nak buat sehari? Yang ini pun terpulang, tapi untuk permulaan, saya cadangkan 1 influencer je sehari.

Kenapa? 

Supaya korang boleh belajar untuk post-mortem result yang korang dapat dengan influencer tu. Kalau tak ada sale, apa sebabnya, kalau sale dapat tapi tak banyak, apa sebabnya.

Dah kalau mula-mula korang dah bantai pergi order 2,3 order sekaligus, korang sendiri akan hilang track untuk analisa data korang. 

Tak apa. Your time will come. Bila nak scale up nanti, jangan lah gelojoh sangat. Bagi berjaya dapat first 10 sales dulu at least. 

Ok, ringkasnya, nak sales setiap hari, orderlah dengan influencer setiap hari. Nak scale up, tunggu belajar baca data dulu. 

Ok?

Kredit: FB De Amirul

Sunday, November 25, 2018

Influencer Marketing Episod 5 - Cara Approach Dan DM Influencer

Saya kat mall ni. Tunggu maghrib. Nyempat-nyempat lagi nak update sharing.

Ok-ok, ini saya bagi contoh macamana nak approach dan DM influencer.



Memang tahun lepas punya (2017), korang nak ambik niche tu, ambik la. Hehe..


Nampak penggunaan emoji tu membantu untuk dapatkan fast response influencer untuk reply.



Klik gambar dan tengok satu-satu. Simple je nak approach dan deal. Oh, tapi kena guna ayat berbeza sikit. Ye la, tak mau IG banned kita sebab dok DM sampai berpuluh-puluh IG lain sehari.

So, lepas 10 ke 15 IG tu, tukar sikit ayat DM tu. Jelas tak so far?

Saturday, November 24, 2018

Influencer Marketing Episod 4 - Bagaimana Cari Influencer Yang Berkualiti?


Omaigodd.. Ni baru citer bab influencer, Dalam Shopify ni macam-macam lagi sebenarnya topik. Patutlah ramai minta coaching. Malas aihh nak coaching orang ni. 

Again..Boleh belajar kat Youtube. Muahaha

Ok sini kita masuk sikit macamana nak cari influencer yang berkualiti. 

First cara kerjanya adalah contact semua IG yang berkaitan dengan niche produk korang. Tanya harga untuk upload gambar, video dan IG story.

Kalau ada 30 IG, 30 lah korang kena contact. Lepas tu kita tapis. 

Berapa jumlah follower? Yang ni subjektif. Saya ada test IG bawah 10k pun ada dapat response. Harga $3 je. Tapi kena ingat, lain niche, lain harga tau. 

Ada yang lebih kurang sama, ada yang jauh beza harganya. 

Macam ada sorang member tu komen kat wall saya, apa entah nama dia. Influencer tu ada 9 juta follower, harga shoutout tu $500. 

Pendapat saya, ianya sangat murah. Serius murah. Korang rasa mahal kan? Yela sebab saya dah jumpa macam-macam niche. So saya rasa itu murah, sebab biasanya follower juta-juta tu memang harganya tinggi. 

Ok macam mana nak filter (tapis) untuk dapatkan influencer yang berkualiti?

  1. Tengok komen. Baca manual. Komen-komen tu berkaitan tak dengan post tu. Kalau rasa lain macam, itu boleh jadi geng-geng engagement group datang serang. Itu boleh kata fake comment. Jauhilah IG macam ni. 
  2. Satu lagi, ada komen auto daripada robot. Nak kenal ni, pun lebih kurang sama macam no 1 atas ni. Komen tak relevan. 
  3. Cari jumlah komen yang rationya dalam 2% dengan jumlah follower. Susah jugak nak jumpa. Kalau dah jumpa, dan komen pun berkualiti, simpan ketat-ketak orait. 
Ada lagi yang lain, tapi susah nak terang kat sini. Kena lukis baru faham kot. Hehe

Ok next, kalau influencer tu tak reply, korang SPAM dia. Maksudnya mesej dia berkali-kali. Letak icon ke.

Ok done.

Kredit : FB De Amirul

Wednesday, November 21, 2018

Influencer Marketing Episod 3 - Masa Sesuai Shoutout ?


Masa dah time? Bila masa sesuai nak minta influencer upload iklan kita?

Kat sini ramai yang cakap ikut time US. Tapi saya punya pendapat lain. 

Follower dalam IG influencer tu bukan datang dari US. Tapi seluruh dunia. Ada negara saya tak pandai nak sebut.

So timing diorang pun berbeza. Tapi boleh je kita request kat influencer tu untuk post pada waktu siang US.

Ada produk yang tak laku pun kat orang US. Tapi ramai buyer datang dari India. Still kita profit. Game IG influencer ni lain daripada game fb ads. Kita tak target location. Sebab follower dalam satu-satu IG tu datang dari seluruh dunia.

Saya main pukul rata. Saya biasa order shoutour dan request pada waktu malam kita, waktu Malaysia.

Ingat, market kita tidak hanya limit pada orang US sahaja.

Belajar something tak?

Kredit: Fb De Amirul

Sunday, November 18, 2018

Influencer Marketing Episod 2 - Berapa Kos Shoutout?


Berapa kos diorang charge ni..? Secara fakta, berbeza setiap niche. Nak tau specific, memang kena contact depa ni sama ada DM atau email diorang,

Saya bagi range $10 ke $100 sebagai permulaan. Tapi saya tak pernah lagi ambik yang $100. Biasala, kedekut, Nak yang murah je. Kalau boleh tak nak bayar. Hehe

Untuk permulaan, try yang paling rendah. Sebab tu penting sebelum pilih satu-satu niche tu, kena check out dulu ada berapa banyak akaun IG berdasarkan niche tersebut.

Lagi banyak lagi bagus. Banyak option.

Saya pernah try $3 je, lekat la 1 sale. Ok la untuk validate permintaan datu-satu produk. Then try la yang mahal sikit pulak.

AMARAN!

Jangan korang seronok dengan harga murah je sponsored ads tu.. Kena tengok kualiti akaun IG tu.

Tengok pada engagement like dan komen. Biasa rules yang diorang guna adalah 2% to 5% daripada jumlah follower. Lagi tinggi lagi bagus.

Susah jugak nak jumpa. Dah jumpa, simpan ketat-ketat.

Then filter satu lagi dengan korang belek-belek komen tu. Check sama ada komen tu dibuat oleh robot atau real person.

Kalau komen takde kena mengena atau terlampau general, itu bot la tu. Dorang memang ada geng mafia yang tolong each other komen kat masing-masing punya IG. Diorang ni memang tak berkualiti la, sebab bukan real follower pun. Tuan IG tu nak bagi nampak akaun dia meriah, padahal tak pun. Fake komen la nama lain.

Biasanya saya akan contact semua IG yang ada dalam niche tu, then senaraikan harga. Saya tulis kat buku khas. Senang nak rujuk.

Diorang ni pun kadang tak jawab DM kita. Sooo.. saya spam diorang lepas sehari diorang tak balas. Muahaha

*Shouout, sponsored post, paid review, sama je semua tu.

Episod 2 tamat. Siapa biasa buat paid review Malaysia?

Kredit : FB De Amirul

Saturday, November 17, 2018

Influencer Marketing Episod 1 - Apa itu Influencer Marketing?


Banyak jugak nak cerita ni. So.. Saya pecahkan ikut episod la ek.

So apa dia tu Influencer Marketing? Secara ringkasnya ia adalah recommendation satu-satu individu/brand/niche kepada satu-satu offer.

Follower kepada influencer ni biasanya setuju/dengar cakap/ikut apa yang influencer ni cadangkan.

Especially fanatic follower. Biasanya ada dekat micro niche punya IG.

Apa itu micto niche? Saya bagi contoh la ye. Peminat kpop kumpulan SHINEE sebagai contoh. Fans diorang ni memang kipassusahmati lah, punya la minat sampaikan salahkan seorang ahli kumpulan SHINEE yang arwah sebab bunuh diri akibat depression, sanggup berkumpul kat KL, bawak lilin berjalan ramai-ramai sambil nangis.

Agak-agak tome tu korang gi jual gambar ke, baju ke atau produk-produk yang ada nilai sentimental kumpulan SHINEE ni, insyaAllah laris. Tala kat muka diorang, silap-silap dengan korang arwah sebab kena kerumun berebut beli.

Itu follower fanatic. Kat mana nak cari? Biasanya dekat micro niche yang very specific.

Saya bocor sikit micro niche yang saya pernah buat dulu awal-awal buat Shopify dulu. Dah outdated dah so takpelah citer kat korang. Hehe

Niche teen wolf. Serius saya tak layan pun citer tu, ramai perempuan seksi. Tak elok tengok.

Tapi kena la study sikit watak-watak dalam tu.. Jual bracelet, rantai n barang-barang aksesori yang dorang pakai dalam citer tu. Guna strategi free shipping.

Ok la result., spend $25 camtu. dapat la $100++ sehari. Ok la untuk starting.

Kenapa senang-senang convert? Sebab kita offer product yang ada nilai sentimental dengan minat diorang.

So, tuan punya IG aka Influencer ni just tolong upload kan je ads @ sponsored post yang kita buat tu. Owh, memang kita kena sediakan sendiri caption dan gambar atau video untuk diberi kepada influencer tu.

Cukup dulu lah episod 1.

Siapa pernah buat influencer marketing?

Thursday, November 15, 2018

Influencer Marketing. Apa tu?

Apa tu Influencer Marketing yang aku dok citer dari post-post sebelum ni? Apa menatangnya tu?

Influencer marketing ni adalah salah satu cara promosi dan pemasaran menggunakan INFLUENCER laman media sosial seperti Facebook, Instagram, Youtube dan sebagainya.

Siapa itu INFLUENCER?

Ramai yang bertanya siapa influencer tu. Individu seperti Remy Ishak kah?

Influencer ni boleh jadi artis, orang berpengaruh, awek cun atau IG yang punyai ramai peminat mengikut jenis minat dorang. Contoh, IG pasal Catlovers. Sudah tentu follower tu adalah peminat kucing.

Senang cerita, Influencer ni adalah orang-orang yang ada banyak followers atau audiens yang cukup banyak di media sosial dan orang ini ada pengaruh yang kuat  kat followers diorang.

Si Influencer ni memang disukai dan dipercayai oleh followers aka macai sehinggakan apa yang influencer tu pakai diorang pun turut sama pakai. Kalau kita nak promosi suatu produk menggunakan Influencer ni, apa akan followers diorang akan buat? Perlu mengelabah tak?

Ya perlu lah mengelabah. Berpusu-pusu diorang beli produk yang kita jual.

Penting ke pemasaran ni?

Ya memang penting. Salah satu cara nak naikkan sales kita adalah menggunakan influencer marketing.

Bisnes dropship USD ni memang banyak menggunakan influencer marketing kat Instagram.

Setakat ini je la saya share. Ada ke yang baca?

[Sumbangan Artikel dari saya sendiri]

Wednesday, November 14, 2018

Bisnes Dropship USD - Episod 4


Kali ini saya nak cerita perkara BURUK pasal bisnes ni. Dan saya rasa applicable untuk mana-mana bisnes. Saya tak nak cerita yang indah-indah je.

So here it is..

Kalau korang buat bisnes ni, korang pasti GAGAL!!!

Yup, terima kenyataan tu. Tapi ribut taufan pun pasti berhenti, maka pelangi akan muncul.

Ada yang kegagalannya tak lama. Ada yang lama sangat then baru berjaya. The thing is.. ia tak seindah yang disangka.

Boleh jadi cubaan pertama korang gagal.
Cubaan kedua dan ketiga korang pun gagal.
Mungkin keempat dan seterusnya gagal lagi.
Tiada siapa tahu. Melainkan korang teruskan dan paling penting kaji semula kenapa cubaan sebelum-sebelum ni gagal.

Sebenarnya banyak yang korang bakal belajar daripada cubaan yang korang gagal sebelum ni. Itulah the best teacher untuk korang.

Dan TIBA-TIBA, 1 cubaan terakhir korang berjaya. Besar atau kecil sales korang untuk permulaan tu tak kisah. Tapi ia bakal jadi permulaan untuk korang start ubah mindset korang bahawa, THIS WILL WORK IF I ON IT, CONSISTENTLY.

Maka akan datang satu masa, korang akan capai matlamat  yang korang nak. Bahkan boleh dapat lebih lagi daripada screenshot kat atas ni. 100k sebulan pun boleh.

Tapi korang kena hadap dulu, KEGAGALAN.

Cuma.. Bila dah melepasi proses kegagalan tu, maka korang sendiri akan rasa nikmatnya.

“YOUR LIFE WILL BE NEVER THE SAME, IN A GOOD WAY OF COURSE”

Takkan nak hidup dalam keadaan yang sama macam sekarang kan 5,10 tahun nanti?

Episod ni tak best. Tapi ini real fact. Bisnes lain pun banyak yang acam ni. Cuma kita yang tak suka nak tau kan? Bukan semuanya indah. Tapi pelangi tu tetap wujud. Korang punya “PELANGI”.

Fahami gambar kat bawah



Bisnes Dropship USD Episod 3 - Web Trafik


Saya lajak sikit masuk bab traffic. Apa yang bakal saya tulis ni, agak bertentangan dengan pendapt ramai pakar. Its work for me. Tak semestinya berjaya untuk orang lain. Banyak faktor yang main peranan.

Apa yang bertentangan tu?

TRAFFIC:VISITOR yang banyak datang ke store online kita TAK PENTING!

Aperghh! Cliche pulak rasa.

Ini pendapat saya, khusus hanya strategi saya guna pakai, saya tak perlukan website trafik:prodpek yang ramai. Saya hanya perlukan pelawat yang betul-betul berminat SAHAJA.

Jadi apa yang saya buat? Saya akan FILTER mereka ini awal-awal. Macamana? Letak harga di iklan saya. Sama ada saya letak di dalam caption/copywriting. Ataupun dalam gambar/video.

Trafik yang masuk ke dalam store online saya tak banyak. Ciput sangat. Ada kes sampai tak sampai10 orang pun yang visit store dalam iklan shoutout selama 24 jam.

Tapi sales? 8 orang yang order. Sia dapat extra sales lagi sebab letak related product kat store. Kalau untung 1 produk USD15. Dah dekat USD150 dah profit tu. Tukar ringgit, dah RM600 dah.

Tolak kos shoutout. RM100++ macam tu, okla untung bersih dekat RM500. Ok lah kan, sambil-sambil tanpa perlu layan WhatsApp. Very less customer service. Banyak masa terluang.

Disclaimer: Tak semestinya berlaku pada setiap produk, niche, orang. Saya pun ada produk yang saya kecundang.

Tapi ini pendapat saya je. Mungkin ‘kena’ dengan strategi saya. Mungkin tak sesuai dengan orang lain.

Sebab ramai yang guna extra traffic tu untuk retargetting. Itu memang powerful. Tapi saya belum buat lagi. Kalau saya buat, saya akan share dengan korang ok.

[ Halaman di sengaja dikosongkan ]

Ok ke sharing saya ni? Komen la sikit. Semangat sikit saya buat sharing. Takdelah saya syok sendiri je. Takkan nak post gambar income je setiap masa baru korang nak komen. Hihi.😁

Bisnes Dropship USD Episod 2 - Skill Research

Ini tips ringkas je. Takut terlupa. So, saya share terus.

Antara salah satu skill terpenting dalam menjayakan bisnes dropship USD ni adalah RESEARCH. Niche, produk, influencer dan ada macam-macam lagi yang perlu kita titik beratkan.

Tips simple. Kalau ada iklan produk lalu kat newsfeed tak kitalah kat fb ke kat IG ke, screenshot. Terus SS. Boleh jenguk lebih mendalam.

Kot-kot boleh jadi winning produk korang kat store korang kan. Apa kesan winning produk ni? Sales masuk automatik kaching USD100 ke atas setiap hari senang-senang macam tu je.

*gambar last tu saja nak tanya, dia cakap apa ek?






Bisnes Dropship USD - Episod 1

Aisehmen. Dah macam gaya trilogi filem Star Wars pulak siap ada berepisod ni. Apa-apa ajelah asalkan info yang dikongsikan ni dapat dimanfaatkan. Ok ikuti pengkongsian di bawah oleh Tuan De Amirul.



Episod 1

Orait. Saya akan cuba explain lebih lanjut apa sebenarnya yang saya buat.

Konsep dropship USD ni sama je macam dropship kat Malaysia. Sama tapi tak serupa.

Jap, korang tau kan apa itu dropship? Jenguk gambar kat atas ni kalau tak jelas.

Apa beza dropship market Malaysia dan market luar?

Kat market Malaysia, kita ada 3 jenis approach.

1. Seller yang close sale guna WhatsApp/pm/dm.

2. Seller yang guna website ecommerce untuk close sale. Secara auto. Ada dua jenis jugak kat sini, seller yang tumpang website orang lain seperti Shopee, Lazada dan yang seangkatan dengannya. Yang ni tumpang trafik orang.

3. Seller yang standalone ecommerce. Seller yang ada website sendiri yang mana mereka tarik trafik terus masuk ke store mereka. Yang ni kena cari trafik sendiri.

Ok jelas ye tu Malaysia punya.

Untuk market luar, approach no 1 kat atas tu jarang digunakan. Market luar dah lama guna style approach no 2 dan 3. No 2 tu macam eBay. No 3 tu, macam Shopify yang saya dok share dalam wall saya ni lah.

Kekurangannya sekarang ialah market Malaysia seller semakin bertambah. Persaingan semakin meningkat. Sampaikan kena main harga. Ada yang ambil untung ciput je, RM5 je. Nak close deal pulak ambil masa berjam-jam.

Ada yang biasa kena?

Kelebihan approach no 2 dan 3 adalah kita tak perlu dah buang masa berjam-jam layan karenah customer yang kemudiannya bluetick, atau tanya banyak-banyak lepas tu TAK JADI BELI. Bengang kan? Kan? Haha

Market international dah lama terdidik untuk untuk menggunakan ecommerce. Dan rata-rata mereka ada kad kredit. Lebih-lebih lagi negara United States.

Dorang senang nak order, kita seller pun senang terima duit. Jualan lebih pantas terjadi. Nak setelkan order je pun senang sebab ada sistem yang boleh automatik buatkan.

Sebab tu lah ramai mat saleh kaya raya buat benda alah ni. 2,3 bulan dah boleh beli Lamborghini bagai lah. Yela, kat sana harga jauh lebih murah.

Kita ni, dapat lepas komitmen bulanan pun dah cukup best dah. Ia ya tak senang, tapi tak mustahil. Kena rajin belajar, praktik dan test. Rasanya semua jenis bisnes pun macam tu kan.

So.. Itu lah yang saya dok bebel dekatbwall fb saya. Dah berapa episod entah. Jemput skroll balik. Ataupun nak senang, tengok Youtube.

Ok ke sharing kali ini? Kalau ok, share le kat kawan-kawan yang buat dropship ambil untung RM5 je tu. Manatau dorg dapat manfaat belajar benda ni.

Ok done.

Kredit post : fb De Amirul.


Potensi Dropship International


"...USD2 JUTA DALAM BULAN? CONVERT RM8 JUTA LEBIH TUUU..!!"

APERGHH!! RM 8 000 000 tu TAK SAMPAI SETAHUN, DAN TANPA ADA SALES TEAM, TANPA ADA STAFF. INI ONE MAN SHOW!

Best tak dapat income macam ni? Tanpa penat lelah layan karenah customer Malaysia yang semakin pelik. Bluetick, order hari ni tapi nak barang sampai semalam, dan seribu 1 perangai lagi.

Disclaimer : Ini bukan screenshot income saya. Ini "MEREKA" punya.

Siapa MEREKA tu? Mereka ni  adalah kanak-kanak dewasa aka remaja muda belia yang berjaya raih income ribu-ribu DOLLAR SETIAP HARI. Ada antara mereka berumur belasan tahun ohhh

Apa mereka ni buat? Bisnes Dropship USD. Yang saya dok membebel dekat page ni dah profile saya, De Amirul, itulah yang mereka buat. Menggunakan platform Shopify sebagai tool mereka.

Hebat kan anak muda ni?. Yang syoknya, tengok gambar di atas ni, ramai antara mereka sangat gilakan SUPERCAR. Well, alhamdulillah mereka mampu.

*alaa harga kereta kat sana murah (ni ayat nak sedapkan hati sendiri je)

Ferrari, Lamboghini, Skyline R35 dan macam-macam lagilah. Ada yang saya tak pandai eja. Ada antara mereka memiliki lebih dari 1 supercar kat garage rumah mereka.

Semuanya tak mustahil, kalau kita serius dan komited untuk capai tahap macam diorang ni.

Ini mereka buat :

1. Research niche dan product
2. Setup store online
3. Tarik trafik masuk ke store
4. Validate untuk cari winning produk
5. Apply strategy scale up untuk besar profit
6. Ulang langkah 1 sampai 6.

Ini secara ringkaslah. InsyaAllah saya ada sedikit ilmu "MEREKA'' ni. Dan dah start REVEAL pada sesetengah orang. Free je. Korang dah baca ke?

Kalau belum, boleh tengok kat post ni dan ikut steps kat sana ok.


Kredit posting: FB De Amirul

Perbandingan Bisnes Dropship Malaysia Dan Dropship International


Bismilah.. Hellew.. Kita sembang sikit perbezaan dropship Malaysia dan dropship seluruh bumi. (International dengan kata lain)

Kat bawah ni ada infographic. Cantik kan bini muda saya buat.

Korang wajib tengok gambar tu satu-satu orait. Penat dia design tau.


Point No 1 :


Dropship Malaysia ni terhad hanya untuk orang-orang yang tinggal di Malaysia. Kira-kira korang boleh menjual kepada 32 juta orang. Penduduk tempatan dan juga bangla and the gang.

Manakala dropship international pula pasaran korang TERHAD untuk penduduk SELURUH BUMI (yang ada akses internet etc). Boleh kata ramai jugak la, dalam 7 bilion orang.

*Penduduk matahari tak termasuk dalam kategori ni ok.

Tak ada betul atau salah. Cuma nak tunjuk keluasan pasaran je. Lebih besar pasaran, lebih tinggi peluang. Korang setuju?


Point No 2 :



Dropship Malaysia kebanyakkan berurusan menggunakan WhatsApp. So nak tanya korang, biasa alami peristiwa keramat : Bluetick tak?

Biasa kena kan?

Dropship international pulak mereka lebih terdidik untuk terus membeli menggunakan website/ecommerce/online store.

Yes kita ada juga, Shopee, Lazada dan yang seangkatan dengannya. Tapi mereka dah berzaman guna eBay dan Amazon yang tak perlu menggunakan WhatsApp ke BBM ke SMS ke kan.

Kita baru start. Mereka dah makan garam dah. Jadi senanglah kita nak menjula kat sana TANPA penat lelah menggentel phone layan WhatsApp.

Ada setuju ka?


Point No 3:



Dropship Malaysia ni biasanya perlukan copywriting yang panjang lebar, seni mengayat yang tahap naga, yang kadang-kadang nak taip karang tu pun ambil masa berhari-hari. Siap detail pun dah letak kat situ.

Lepas tu korang post kat FB. Dan masih terima manusia yang komen, 'PM detail". Kadang dah siap tulis tolong jangan komen PM, pun ada manusia yang komen, "PM".

Kenapeeee...😭😭😭😭

Dropship International kadang copywriting sejengkal tapi sale berderet. Serious try pergi tengok website-website dorang. Straight to forward, takde pusing-pusing ke kona baring ke..

Macam tu tak pening kepala kan?


Point No 4 :


Senario dropship di Malaysia ni dah selalu sangat hadap situasi yang mana korang dah layan customer berjam-jam dok jawab soalan dia, lepas tu.. dia TAK JADI BELI dengan korang. Untung dah la tak seberapa, masa pulak dah terbazir.

Pernah kena? Kan?

Kalau Dropship International, korang tak hadap semua ni sebab customer baca detail semua kat store korang dan kalau dia suka, terus bukak dompet, isi detail kad kredit. Maka KA CHING KA CHING!

Sales masuk kat korang secara AUTOMATIK tanpa korang berborak dengan customer korang pun. Nak minta dorang save no korang sebab senang nak deal apa bagai. Tak perlu. Dorang pun entah ada ke tidak WhatsApp tu.

Best kan? Ha, tidur lena la korang tapi sales masuk macam tu je.


Point No 5:



Untuk market Malaysia, ni antara bab yang paling kelakar. Customer baru bank in semalam, hari Jumaat, lepas sejam dah WhatsApp tanya mana barang dia.

Ko ingat aku ni Doraemon ke ada pintu suka hati senang-senangnak hantar brang kat ko tengah-tengah malam?

Ada jenis manusia yang kalau boleh, bayar hari ini, semalam barang dia dah sampai. Serius ada kes macam ni. Serius ohh..

Untuk market luar pulak, takde sangat hadap benda ni, sebab kat store dah siap maklum bahawa shipping adalah selama 2 minggu. Kalau nak cepat, ada option tak sampai seminggu, tapi diorang kena charge lebih.

So diorang memang REDHA siap-siap dah. Takde macam kat MAlaysia.


Point No 6 :

Point ni bini muda saya tak design. Baru saya teringat point ni waktu karang esei ni.

Untung cenonet. Pernah dengar cenonet? Maksudnya ciput ataupun sangat sedikit. Disebabkan market kita ni terhad di dalam Malaysia sahaja, dan jumlah penjual online semakin meningkat, maka perang harga terjadi.

Ada yang sanggup potong harga sampai untung hanya RM5. Ini yang biasa didengar . Tapi tahukah korang bahawa ada yang cuba dengan ambil untung RM1. Dan ini bukan strategi volume.

Sampai bila boleh survive kalau macam tu?

Dan sekiranya nak dibandingkan dengan market international, hatta untung USD1 pun, kan kita akan dapat pulangan 4 kali ganda asbab tukaran wang kepada RM.

Tapi jarang-jarang seller international ni ambil untung USD1. Ada yang mark up harga sebanyak berpuluh kali ganda daripada harga kos.

Tak rasa nak pergi haji balik hari ke? Dan ini realiti, bukan sembang kencang sampai khinzir pun boleh terbang. Tak caya gi tengok harga produk kat AliExpress.

Rantai yang kosnya USD1, depa ni gi jual harga USD20. Untung USD19 seunit. Dah kalau sehari dapat jual 10 unit pun cukup lumayan dah. Saya jual murah sikit dari dorang ni. 😅😅

Convert RM dah RM760 untung, SEHARI. Jual rantai simple je. Selamat datang ke perniagaan Firaun. Hehehe

=============

Ok itulah antara point perbezaan dropship local dan dropship antarabangsa. Saya ada tulis pasal konsep dropship antarabangsa ni, boleh skroll baca kat page Bisnes Dropship Usd atau profile saya De Amirul.

Kredit Posting : FB De Amirul

Konsep Bisnes Dropship USD


Bismillah

Ramai yang kurang faham tentang bisnes dropship USD. Khususnya yang menggunakan platform Shopify.

Jadi saya buat post ni, khas untuk kalian yang belum jelas. Saya harap dapat explain dengan baik.

Kalau tak faham lagi, tanya kat sini tau. Part strategi etc tu tanya kat episod-episod lain ye. Boleh skroll kat wall saya.

Pertama sekali, terima kasih kepada bini muda saya sebab design gambar-gambar kat bawah ni.

ok kita mulakan.

Kelebihan ada banyak, tapi yang paling syok adalah tak perlu handle WhatsApp, tak perlu layan customer berjam-jam tapi tak jadi beli. Dan income USD diganda 4 kali, ikut currency semasa.

Ambil untung USD 50, so kita untung RM200. Bila dah macam ni, target jualan tak perlu banyak pun, 5 unit sehari kan dah RM1000 sehari. Kan kan kan?

Sales masuk walaupun kita tengah tidur. Bangun-bangun je dah hadap income USD tanpa perlu nak close sale.

Tapi ini bukan kisah fantasi. Setup store online dah boleh terus generate income ribu riban. Ohh tidaj.. ianya penuh onak duri. Ada learning curve yang kena lalui. Tapi ia sangat berbaloi bila dah lepasi tsunami onak duri tu. Cewaaahh.. Serius ini realiti.

Bukankah semua bisnes yang berjaya tu macam tu?

============

Rujuk gambar di bawah ye.

Ini adalah konsep general bisnes model ini.

Langkah 1 :


Cari produk di AliExpress. Kalau kat Malaysia ia ibarat Shopee dan Lelong. Proses ini memerlukan research yang mendalam. Jumpa 1 winning produk, perghhh boleh makan setahun tu incomenya.

Bukan senang nak jumpa. Kena rajin research dan test produk tu. Ingat, tak senang. Tapi berbaloi.

Rahsia budak-budak muda mat saleh bawah 20 tahun dah boleh pakai Lamboghini, adalah sebab ni lah.

Biasanya kita boleh markup harga produk sehingga 10 kali ganda!!! Cara tak cara?


Langkah 2 :


Setup akaun Paypal. Sebenarnya ni bukan langkah no 2. Ntah bini muda saya dah design macam ni, go with the flow je la. Tak salah pun.

Ok, customer akan buat payment dan duit akan masuk ek dalam akaun Paypal kita. Ada lagi pilihan lain macam Google Pay lah apa lah, tapi kita cerita yang mudah. So, guna Paypal.

Paypal ni kita kena link kan dengan debit/kredit kad kita. Untuk verify, dan senang nak transfer duit ke dalam Paypal masuk ke dalam kad kita.

Siapa yang takde akaun Paypal, boleh create dan verify terus.


Langkah 3 :


Setup online store korang guna Shopify. Guna trial je dulu. Research habis-habisan, then last sekali baru setup store.

Nak cerita cara setup store ni teknikal. So korang boleh Youtube je. Senang gitu kan :)


Langkah 4 :


Marketing start here dear brotha n sista..! Kat sini lah proses seru trafik aka prospek masuk ke store kita untuk jadi customer kita.

Saya tak guna IG Ads, tapi guna Influencer Marketing guna IG. Nak citer tu panjang woo. Tapi ringkasnya, dalam market Malaysia, ia dipanggil paid review. Ni masta paid review Malaysia kalau nak belajar Nik Abd Sobur. Cari lah kat FB.

Tapi untuk market luar negara, lain seninya, lain gayanya, lain lenggoknya, banyak lah yang lain. Kita guna Link in Bio untuk tarik trafik, tak perlu ada IG Shop pun. Guna akaun personal je untuk contact para Influencer ni.

Influencer tak semestinya orang. Tak semestinya instafamous. Bahkan saya tak guna instafamous pun sebelum ni. Ramai yang tak guna. Ha, lain kan dengan konsep paid review Malaysia.

Bayaran pun boleh by hour, by 6 hour, 12 jam pun ada. Tapi saya biasa ambil 24 jam terus. Dan takkan ada orang lain punya iklan dalam hari yang sama.

Kalau market Malaysia, sehari tu sampai ada 8 slot iklan. Dah tu kita punya slot no 1, memang tenggelam sampai bawah lah iklan kita sebab ada lagi 7 iklan baru untuk hari tu. Instafamous kaya, kita yang kurengg kaya.

Market luar lain bang akak sekalian. :)


Langkah 5 :



Lepas customer dah buat payment, kita uruskan order. Kat sini mudah, sebab ada sistem yang boleh buatkan secara auto. Auto ini maklumat customer dan uruskan order.

Macam robot dah. Kita cuma confirmkan no kad debit/kredit kita untuk order barang kat AliExpress tu. Kalau perlu handle customer pun, very minimal lah. Melalui email je, Bukan WhatSapp ek.


Langkah 6 :



Sediakan muka korang dengan pipi yang selalu senyum sebab dengar bunyi KACHING KACHING sebab sales USD masuk. Serius memang bunyi tu ada keluar kat fon korang. Install je apps Shopify.

Darab 4 tu income.. Hoho.

Sekali lagi, ini bukan kerja goyang kaki. Serius tak. Kena goyang tangan je sebab kena setup store, research bagai tu semua.

==================

Orait, ni semua adalah general konsep pasal bisnes dropship USD. Saya ada share lebih detail dalam episod-episod berdarah yang korang boleh tengok kat wall saya.

Kena rajin skroll bawah-bawah dan baca komen. Banyak gak golden nugger saya cakap kat komen. Ignore je post makanan dan post bini muda saya ok.

Kalau korang berjaya baca sampai bawah ni, TAHNIAH!. Sebab itu adalah ciri-ciri orang yang bakal berjaya. Sebab apa? sebab rajin. Bisnes ni serious kena rajin.

Takpe, satu hari nanti korang rajin "bekerja" buat bisnes Shopify ni sambil hirup air coklat panas, kat tepi pantai, waktu malam. Aperghh..

*Cam tak kena je perumpamaan saya ni.

Kredit : De Amirul

Konsep Dropship USD


Hari ini saya nak berkongsi dengan tuan/puan mengenai bisnes dalam konsep dropship USD. Ini adalah dropship international. Maknanya ia melibatkan dropship antarabangsa.

Saya akan kongsi salah seorang yang dikira sifu itu tidaklah. Cuma dia berkongsi secara percuma bagaimana cara untuk meniaga di pasaran antarabangsa hanya dengan menjual di Instagram dan Shopify. Keuntungan yang anda dapat dalam bentuk matawang USD. Convert ke Ringgit, lagi tinggi keuntungan.

Nampak menarik bukan?

Saya akan kongsi segala info yang dikongsikan di Facebook beliau. Anda boleh follow Facebook beliau. Beliau adalah De Amirul. Cuma satu yang saya minta agar tak mesej dia secara personal kerana beliau tidak mahu anda membuat personal coaching dengan beliau.

Saya akan cuba edit hasil taip dia yang mana jika ada kesalahan tatabahasa tapi saya masih mengekalkan posting asli beliau.

Apa pun anda boleh lah follow secara info yang saya akan kongsikan sebentar lagi.