Tuesday, May 28, 2019

Lubuk Barang China Yang Murah

Lubuk barang China yang murah?

Alibaba?

Bukan. Alibaba tu pakai pertukaran mata wang USD. Kena beli borong.

AliExpress?

Bukan juga. AliExpress sama juga dengan Alibaba. Pakai pertukaran USD. Tetapi boleh beli 1 kuantiti.

Taobao?

Hampir dah. Taobao ni sebenarnya droship je dari salah satu laman web yang murah ni. Boleh beli borong dan beli dengan 1 kuantiti. Ikut pertukaran matawang Yuan.

1688.com?

Ya. Betul. Inilah lubuk barang China yang murah. Boleh beli borong dan beli ikut kuantiti. Tengok penjual juga. Adalah jual 1 kuantiti. Ada jual ikut MOQ.

Kelebihannya dapat harga yang murah.

Kekurangannya penjual tak boleh hantar barang ke pembeli macam kita dari Malaysia. Kena deal dengan forwarder untuk minta dorang belikan. Forwarder yang akan uruskan pembelian barang kita. Adalah sedikit caj. Tengok jenis forwarder.

Itu sahaja pengkongsian hari ini.

Sunday, January 13, 2019

Antara Taobao Dan AliExpress, Mana Paling Baik Untuk Buat Dropship

Assalamualaikum, hai dah lama tak update untuk tahun ini. Ok baik terus ke persoalan iaitu "Antara Taobao Dan AliExpress, Mana Paling Baik Untuk Buat Dropship". Rasa-rasa mana yang sesuai untuk buat Dropship?

Pada pandangan saya, lebih baik dropship dari AliExpress daripada dropship dari Taobao.

Apa sebabnya?

Meh saya nak cerita sikit apa sebabnya.

Pertama, Bahasa.

Di Taobao, 100% dalam bahasa Chinese. Even boleh je Translate to Chinese kalau buka web Taobao kat Google Chrome tetapi taklah 100%. Lagipun, pasaran Taobao untuk pasaran negara China sahaja.

Di AliExpress, totally 100% English. Jadi senang lah nak faham. Untuk AliExpress, sasaran pasaran memang untuk International. Jadi mudahlah buat drophip.

Ok nanti sambung lagi. Dah mengantuk.