Lubuk barang China yang murah?
Alibaba?
Bukan. Alibaba tu pakai pertukaran mata wang USD. Kena beli borong.
AliExpress?
Bukan juga. AliExpress sama juga dengan Alibaba. Pakai pertukaran USD. Tetapi boleh beli 1 kuantiti.
Taobao?
Hampir dah. Taobao ni sebenarnya droship je dari salah satu laman web yang murah ni. Boleh beli borong dan beli dengan 1 kuantiti. Ikut pertukaran matawang Yuan.
1688.com?
Ya. Betul. Inilah lubuk barang China yang murah. Boleh beli borong dan beli ikut kuantiti. Tengok penjual juga. Adalah jual 1 kuantiti. Ada jual ikut MOQ.
Kelebihannya dapat harga yang murah.
Kekurangannya penjual tak boleh hantar barang ke pembeli macam kita dari Malaysia. Kena deal dengan forwarder untuk minta dorang belikan. Forwarder yang akan uruskan pembelian barang kita. Adalah sedikit caj. Tengok jenis forwarder.
Itu sahaja pengkongsian hari ini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Mari komen berjemaah